Harian Metro

Lang Merah fokus bangkit lawan JDT

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Setar: Kedah perlu mencari semangat baru serta fokus untuk bangkit dengan mata penuh meskipun menyedari perlu berhadapan cabaran besar berhadapan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, malam ini.

Menurut ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, kekalahan mengejut 1-4 kepada Melaka United kelmarin bagaikan amaran bahawa Kedah perlu bangkit segera dalam saingan yang semakin sengit berbaki empat perlawanan hingga ke hujung musim.

“Fokus dan bangkit. Itulah kita perlu lakukan bagi baki empat perlawanan seterusnya untuk mengekalka­n saingan kedudukan terbaik dalam liga.

“Melihat kepada persaingan masih terbuka di antara Kedah, Perak, Pahang dan Terengganu untuk kedudukan tempat kedua, Kedah perlu terus merebut peluang terbaik dengan meningkatk­an keazaman serta fokus sepenuhnya hingga ke perlawanan terakhir nanti.

“Kedah akan beraksi tiga kali di laman sendiri bertemu JDT, Terengganu dan PKNP dan sekali di tempat lawan bertemu Perak, dan tiga aksi di laman sendiri ini memberi sedikit kelebihan untuk Kedah dalam baki saingan musim ini.

Nidzam turut mengakui kelemahan yang perlu diperbaiki segera terutama aspek pertahanan yang menyaksika­n Kedah bolos empat gol sewaktu beraksi bertemu Melaka di Stadium Hang Jebat, Selasa lalu.

“Tidak ada cara lain. Kita perlu segera mengatasi segala kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan dengan segera jika tidak mahu terus tercicir mata dan ketinggala­n,” katanya.

 ?? Nidzam Adzha Yusoff ?? Tidak ada cara lain. Kita perlu mengatasi segala kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan dengan segera”
Nidzam Adzha Yusoff Tidak ada cara lain. Kita perlu mengatasi segala kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan dengan segera”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia