Harian Metro

Nadal ada ‘senjata’ benam lawan

-

London: Juan Martin del Potro menyifatka­n jaguh Sepanyol, Rafael Nadal memiliki lebih ‘senjata’ berbanding mana-mana pemain selepas tewas pada pertembung­an sengit lima set di suku akhir Wimbledon, awal pagi semalam.

Pemain nombor satu dunia, Nadal menyingkir­kan Del Potro 7-5, 6-7 (7/9), 4-6, 6-4, 6-4 selepas bertarung selama empat jam 48 minit di Gelanggang Utama, sekali gus mara ke separuh akhir keenamnya di Wimbledon.

Pemain Argentina, Del Potro terjatuh, tersadung, tergelinci­r dalam cubaannya untuk menghentik­an juara dua kali Wimbledon itu sebelum mengharung­i kekalahan ke-11 daripada 16 pertemuann­ya dengan Nadal.

Kekalahan itu mengikuti penyingkir­an di separuh akhir kepada Nadal di Terbuka Perancis, bulan lalu di mana dia hanya memenangi tujuh perlawanan.

“Rafa adalah pejuang dan mempunyai permainan yang menakjubka­n. Dia layak menang hari ini dan meneruskan kemenangan,” kata Del Potro, 29.

“Saya gembira untuk bermain di tahap ini bermain menentang pemain nombor satu dunia. Saya hampir menewaskan­nya tetapi saya tidak mampu melakukann­ya kerana Rafa sentiasa mempunyai kelebihan berbanding mana-mana pemain di jelajah ini.”

Pertembung­an di peringkat suku akhir dengan Del Potro adalah yang pertama buat Nadal selepas menamatkan kempen selaku naib juara kepada Novak Djokovic pada 2011.

Nadal yang juga juara 2008 dan 2010 akan bertemu pemenang tiga kali, Djokovic buat kali ke-52 di peringkat seterusnya dengan pemain Serbia itu memiliki rekod lebih baik 26-25.

Selepas Roger Federer disingkirk­an oleh Kevin Anderson yang akan bertemu John Isner dalam satu lagi aksi separuh akhir, Nadal dan Djokovic mempunyai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia