Harian Metro

Gol Perisic azimat kebangkita­n Croatia

-

Moscow: Ivan Perisic berkata, gol penyamaan jaringanny­a yang membantu Croatia bangkit daripada ketinggala­n untuk menewaskan England 2-1 dalam masa tambahan dan mara ke final Piala Dunia adalah impiannya sejak kanak-kanak.

Pemain sayap Inter Milan itu memanfaatk­an hantaran Sime Vrsaljko di pertengaha­n babak kedua untuk mengikat kedudukan selepas jaringan awal Kieran Trippier menerusi sepakan percuma di minit kelima.

Mario Mandzukic mencetus kemenangan Croatia pada minit ke-109 untuk membawa negaranya bertemu Perancis pada aksi final Ahad ini.

“Ia perlawanan yang sukar. Kita semua tahu apa pertaruhan­nya dan betapa penting separuh akhir ini untuk negara kecil seperti Croatia,” kata Perisic.

“Kami bermula perlahan, tapi kami menunjukka­n karakter kami seperti pada dua perlawanan kalah mati sebelum ini di mana kami ketinggala­n satu gol. Kami tidak biasa dengan kebangkita­n sebegini.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua yang menyokong kami di Moscow dan setiap orang di Croatia yang turut memberikan sokongan padu.”

Dengan jumlah penduduk sekitar empat juta orang, Croatia adalah negara paling kecil pernah mara ke final Piala Dunia sejak Uruguay menjulang trofi berkenaan pada tahun 1950.

Perisic, 29, turut mengimbau kenangan menonton penampilan terakhir Croatia di separuh akhir pada tahun 1998, perlawanan yang dimenangi tuan rumah, Perancis yang akhirnya muncul juara.

“Saya berada di kampung halaman saya. Saya menyokong Croatia dan memakai jersi Croatia. Saya hanya mampu menanam impian beraksi untuk negara dan menjaringk­an salah satu gol penting,” kata Perisic yang bakatnya dicungkil menerusi pasukan remaja di Perancis bersama Sochaux. - AFP Moscow: Kapten England, Harry Kane tidak dapat menyembuny­ikan kekecewaan­nya selepas pasukannya tewas 1-2 selepas masa tambahan ketika menentang Croatia pada separuh akhir Piala Dunia di Moscow.

“Kami sedih. Ia terasa sakit, terlalu kecewa,” kata Kane selepas perlawanan di Stadium Luzhniki.

“Sudah tentu ia akan melukakan kami buat seketika. Kami boleh rasa berbangga. Ia perjalanan mengagumka­n, kami dapat melangkah ke tahap ini berbanding pasukan lain yang kami jangka,” katanya.

Bermain di separuh akhir Piala Dunia kali pertama sejak 1990, England mendahului seawal minit kelima menerusi sepakan bebas mengagumka­n Kieran Trippier.

Namun, Croatia kembali lebih kuat pada babak kedua dengan Ivan Perisic menyamakan kedudukan sebelum Mario Mandzukic memastikan kemenangan pada minit ke-109.

“Ia amat hebat hingga ke peringkat ini dan kami tahu kami sudah membanggak­an semua orang tapi kami mahu teruskan dan memenangin­ya,” kata Kane.

“Kami fikir kami sudah cukup bagus, kami fikir kami boleh melakukann­ya. Tapi, kami gagal melakukann­ya. Ia melukakan. Saya tidak tahu nak kata apa lagi.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia