Harian Metro

Tak sedar hempap jurugambar

-

Moscow: Ketika Croatia meledak gol yang membawa mereka ke final Piala Dunia, awal pagi semalam, seorang jurufoto AFP secara tidak sengaja menjadi sebahagian daripada keraian pemain pasukan berkenaan.

Selepas Mario Mandzukic menjaringk­an gol pada masa tambahan yang memberikan Croatia kemenangan 2-1 ke atas England di separuh akhir, penyerang itu berlari ke sudut padang Stadium Luzhniki untuk berkongsi kegembiraa­n dengan rakan sepasukann­ya.

Tetapi, pemain-pemain yang dipenuhi kegembiraa­n itu tidak sedar mereka berlari ke arah seorang jurufoto sebelum turut menghempap­nya.

“Saya sedang menukar lensa kamera saya ketika pemain berlari ke arah saya,” kata jurufoto berkenaan, Yuri Cortez yang berada di belakang papan iklan.

“Mereka terus meluru ke depan dan mereka terjatuh ke atas saya! Ia adalah waktu yang cukup gila, mereka semua gembira. Mereka kemudian menyedari saya berada di bawah mereka.”

Cortez yang berpangkal­an di Mexico kemudian mengambil kameranya dan mengambil beberapa gambar menarik dari jarak dekat yang menunjukka­n kegembiraa­n pemain Croatia.

“Mereka kemudian bertanya kepada saya adakah saya tidak apa-apa? Seorang mengutip lensa saya dan seorang lagi pemain (Domagoj Vida) memberikan saya ciuman.”

Croatia yang mara buat kali pertama dalam sejarah ke final Piala Dunia akan beraksi menentang Perancis, Ahad ini. - AFP

 ??  ?? YURI (bawah) sempat mengambil gambar pemain Croatia.
YURI (bawah) sempat mengambil gambar pemain Croatia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia