Harian Metro

‘Cermin solek’ isi ketamin

 Suspek pura-pura terpinga-pinga kotak berisi dadah diperiksa polis

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

Seorang lelaki yang juga anggota sindiket pengedaran dadah tergamam apabila ditahan ketika mengambil satu kotak mengandung­i ketamin bernilai RM70,000 di Terminal Bas Pujut di sini, kelmarin.

Pada serbuan jam 2 petang, suspek berusia 24 tahun dipercayai baru sahaja mengambil bekalan dadah berkenaan yang dikirim rangkaian pembekalny­a menggunaka­n bas ekspres.

Pemangku Ketua Polis Daerah Miri, Deputi Superinten­dan Aldrin Junaidi Kutoi berkata, suspek dilihat keluar dari kaunter kargo terminal bas berkenaan menuju ke keretanya dalam keadaan mencurigak­an.

“Suspek membawa satu kotak tertulis cermin solek daripada kaunter kargo itu dan menuju keretanya dalam keadaan tergesa-gesa.

“Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menahan suspek.

“Pemeriksaa­n menemui satu plastik mengandung­i ketamin seberat 500 gram dalam kotak itu,” katanya, semalam.

Katanya, panik dengan penemuan itu, suspek mula berdalih dan berlagak terpinga-pinga sebelum dibawa ke IPD Miri untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif syabu,” katanya.

Suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek membawa satu kotak tertulis cermin solek daripada kaunter kargo itu dan menuju keretanya dalam keadaan tergesa-gesa” Aldrin

 ??  ?? BUNGKUSAN ketamin bernilai RM70,000 yang dirampas daripada suspek dalam tangkapan di Terminal Bas Pujut.
BUNGKUSAN ketamin bernilai RM70,000 yang dirampas daripada suspek dalam tangkapan di Terminal Bas Pujut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia