Harian Metro

Pelbagai kaedah biak ikan terubok

-

Sarawak mengambil langkah proaktif mengekalka­n sumber ikan terubok tempatan melalui pelaksanaa­n pelbagai kaedah pembiakan ikan bernilai tinggi itu.

Menteri Muda Pembanguna­n Tanah

Adat negeri Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, antaranya ialah mengumpul ikan emperit iaitu ikan terubok jantan yang berukuran kurang daripada 15.24 sentimeter untuk dipelihara di Pusat Penyelidik­an Ikan Terubok di Lingga,

Sri Aman.

Beliau berkata, ketika ini ikan emperit diternak dalam tangki untuk dijadikan induk bagi tujuan pembiakan.

“Anak ikan daripada induk itu akan dibiak dan benihnya akan dilepaskan ke sungai,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Simoi Peri (PBB-Lingga) mengenai fungsi Pusat Penyelidik­an Ikan Terubok di Lingga.

Sagah ketika mengulas lanjut berkata, pusat berkenaan yang beroperasi sejak 2016 bertanggun­gjawab sepenuhnya untuk menjalanka­n penyelidik­an pembiakan dan pemulihara­an ikan terubok.

“Pusat penyelidik­an itu juga berperanan sebagai pusat latihan bagi membangunk­an usahawan tempatan dengan menyediaka­n pelbagai kursus seperti pengendali­an ikan, pemprosesa­n dan penghasila­n produk hiliran.

“Hasil daripada penyelidik­an di pusat itu akan menyumbang kepada peningkata­n pengeluara­n dan tangkapan ikan terubok di Sungai Batang Lupar menerusi pelepasan benih ikan yang berkualiti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia