Harian Metro

Tahan dua lelaki bom ikan

-

Dua lelaki ditahan kerana melakukan aktiviti menangkap ikan menggunaka­n bahan letupan di perairan Katung Kalungan dekat sini, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 17 dan 48 tahun dipercayai etnik Pala’u ditahan ketika berada di sebuah perahu bersama muatan ikan seberat 32 kilogram (kg) pada jam 5 petang.

Komander Kawasan Keselamata­n Khas

Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali berkata, suspek ditahan anggota Unit Risik Marin yang dalam penugasan Op

Landai/Op Terancang.

“Ketika melakukan tugas menggunaka­n perahu kampung, anggota kami menahan perahu dinaiki juragan dan pembantuny­a,” katanya.

Bintulu: Penemuan 30 resit pertaruhan dalam simpanan dua lelaki berusia 22 tahun petang kelmarin, membongkar kegiatan haram mereka sebagai bookie bola sepak piala dunia.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­dan Zulkipli Suhaili berkata, kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 4.30 petang di sebuah restoran di Jalan Tanjung Kidurong di sini, ketika menunggu kaki judi membuat pertaruhan.

“Semakan pada telefon bimbit suspek mendapati kedua-duanya menganjurk­an pertaruhan haram membabitka­n keputusan perlawanan bola sepak piala dunia,” katanya pada kenyataan, semalam.

Zulkipli berkata, pemeriksaa­n terhadap kenderaan milik seorang suspek turut menemui dua telefon bimbit, buku catatan rekod pertaruhan dan wang RM2,355.

“Kedua-dua suspek direman sehingga 14 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

“Sabit kesalahan boleh didenda RM20,000 hingga RM200,000 serta penjara tidak lebih setahun,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa resit yang disimpan suspek yang menganjur Judi Bola Sepak Piala Dunia.
ANGGOTA polis memeriksa resit yang disimpan suspek yang menganjur Judi Bola Sepak Piala Dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia