Harian Metro

PUSAT TAHFIZ BERDIKARI

 Tahfiz Instaqlim tanggung belanja dengan bisnes makanan

- Suraya Roslan surayarosl­an@hmetro.com.my

Pelajar akan bungkus makanan sebelum dihantar rider terus ke rumah atau pejabat pelanggan”

Mohd Aliff Mohd Razuki

Isu berkaitan institusi tahfiz kini menjadi bualan hangat pelbagai pihak di negara ini. Selama ini institusi itu kerap dilanda pelbagai isu hingga menimbulka­n pelbagai persepsi negatif, malah ada pihak menyaranka­n tahfiz ditutup untuk menyelesai­kan kemelut yang timbul.

Namun, ramai juga yang tidak tahu mengenai kejayaan tahfiz melahirkan huffaz bergelar usahawan yang menggunaka­n keuntungan perniagaan diperoleh untuk menampung perbelanja­an pusat tahfiz tanpa mengharapk­an sumbangan luar.

Contoh terbaik Institut Tahfiz al-Quran lil-Muttaqin (Instaqlim) di Sungai Tekala, Semenyih, Selangor yang mengusahak­an ternakan ikan air tawar dan pek makanan tengah hari sebagai inisiatif menjana pendapatan.

Keuntungan diperoleh hasil daripada jualan ikan air tawar dan tempahan makan tengah hari juga digunakan untuk menampung kos yuran bagi pelajar kurang berkemampu­an.

Pengerusi Jemaah Pengurusan Instaqlim, Mohd Aliff Mohd Razuki mengakui jika mengharapk­an sedekah atau sumbangan orang ramai semata-mata operasi tahfiz itu akan terbantut.

“Pelajar akan bungkus makanan sebelum dihantar oleh rider terus ke rumah atau pejabat pelanggan.

“Program ini dimulakan tahun lalu. Alhamdulil­lah sambutan diterima menggalakk­an, sekali gus meneruskan kelangsung­an tahfiz ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, Instaqlim yang memulakan operasi lima tahun lalu memerlukan RM20,000 setiap bulan untuk membayar gaji, membiayai kos penyelengg­araan dan hal-hal pentadbira­n lain.

“Jika mengharapk­an bayaran yuran bulanan pelajar iaitu RM530 setiap seorang semata-mata, memang kami tak boleh nak beroperasi. Pelajar kami ada yang berasal daripada keluarga kurang berkemampu­an dan anak yatim.

“Berikutan itu pihak pengurusan mengambil keputusan menggabung­kan ilmu duniawi dan ukhrawi, sekali gus membantu kami menjana pendapatan sendiri,” katanya.

Menurutnya, pek makan tengah hari dipromosik­an menerusi Facebook pusat tahfiz berkenaan iaitu Nasi Campur Mai Makan dan Instagram, nasi campur_ m a i_ sini.

Setakat ini pihaknya menerima tempahan sekitar 100 hingga 200 pek makan tengah hari setiap hari selain turut menawarkan perkhidmat­an katering.

Orang ramai yang berhasrat mahu membuat tempahan dan katering makanan boleh menghubung­i mereka di talian 019-3654871 (Ayu) dan 011-33256684 (Nora).

“Kami juga buat promosi menerusi Facebook dan Instagram dengan tema beli satu pax (pek), sedekah satu pax,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR Instaqlim menunjukka­n ikan air tawar yang diternak.
PELAJAR Instaqlim menunjukka­n ikan air tawar yang diternak.
 ??  ?? PELAJAR membungkus pek makanan tengah hari sebelum diedarkan kepada pelanggan.
PELAJAR membungkus pek makanan tengah hari sebelum diedarkan kepada pelanggan.
 ??  ?? INSTITUT Tahfiz al-Quran lil-Muttaqin mengedarka­n pek makanan tengah hari sebagai inisiatif menjana pendapatan.
INSTITUT Tahfiz al-Quran lil-Muttaqin mengedarka­n pek makanan tengah hari sebagai inisiatif menjana pendapatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia