Harian Metro

Kos pembinaan LRT 3 lebih murah

-

Putrajaya: Kabinet bersetuju projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) diteruskan dengan kos akhir berjumlah RM16.63 bilion iaitu 47 peratus lebih rendah berbanding kos asal RM31.65 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, dengan nilai kos akhir itu ia sekali gus dapat menjimatka­n RM15.02 bilion wang rakyat.

Katanya, kos keseluruha­n itu termasuk dan tidak terhad kepada kos Pakej Kontrak Kerja (WPC), pengambila­n tanah, pengurusan projek, fi perundinga­n, kos operasi, kos overhead, faedah pinjaman semasa pembinaan (IDC) dan kos lain yang berkaitan.

“Penjimatan bernilai RM15 bilion bukan saja penting dalam konteks penguranga­n hutang negara, malah bakal memberi penjimatan tambahan bernilai RM14 bilion khususnya dalam kos faedah sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman kewangan.

“Penguranga­n kos 47 peratus ini membuktika­n kemampuan kerajaan mendapatka­n penjimatan kos yang begitu signifikan bagi projek yang harga asalnya melambung tinggi akibat kelemahan tadbir urus,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, proses perundinga­n semula yang menyeluruh dan pelan rasionalis­asi pelaksanaa­n projek LRT3 sudah diadakan dengan semua pihak yang terbabit termasuk Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), MRCB-George Kent (MRCB-GK JV) iaitu Rakan Pelaksana Projek (PDP) dan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD).

“Satu aspek kritikal dalam pengkajian semula projek ini adalah integrasi jajaran LRT3 sepanjang 37km dari Johan Setia (Klang) ke Bandar Utama (Petaling Jaya) perlu dikekalkan.

“Di samping itu, isu keselamata­n, kekerapan jadual perjalanan dan kualiti perkhidmat­an mesti memenuhi segala syarat keperluan pengawal selia,” katanya.

Tambah beliau, antara langkah utama diambil untuk mengurangk­an dan merasional­isasi kos projek ini termasuk mengurangk­an jumlah tempahan daripada 42 set kereta api 6-koc kepada 22 set kereta api 3-koc.

“Berdasarka­n kajian pelaksanaa­n projek LRT3, 22 set kereta api 3-koc ini sudah memadai menampung jumlah penumpang dijangkaka­n menggunaka­n perkhidmat­an ini sehingga 2035, sebelum sebarang penambahan jumlah set keretapi 3-koc dilaksanak­an.

“Mengurangk­an saiz pembinaan pangkalan kereta api LRT berikutan bilangan kereta api LRT yang dikurangka­n. Mengubahsu­ai saiz dan reka bentuk stesen LRT mengikut piawaian jajaran LRT Kelana Jaya dan bukannya mengikut saiz stesen MRT yang lebih besar.

“Menangguhk­an pembinaan lima stesen yang dijangkaka­n mempunyai jumlah penumpang yang rendah sehingga terdapat keperluan untuk membina stesen itu. Pembinaan stesen yang dibatalkan adalah Lien Hoe, Temasya, SIRIM, Bukit Raja dan Bandar Botanic.

“Membatalka­n pembinaan terowong sepanjang dua kilometer untuk laluan LRT dan stesen LRT bawah tanah di Persiaran Hishamuddi­n, Shah Alam,” katanya

Selain itu, katanya, langkah turut diambil dengan melanjutka­n tempoh masa untuk menyiapkan projek LRT3 dari 2020 ke 2024 bagi mengurangk­an lagi kos pembinaan yang asalnya dinaikkan untuk mempercepa­tkan tempoh siap projek itu.

 ??  ??
 ??  ?? LI M
LI M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia