Harian Metro

HARGA CEKIK DARAH

 30% pengusaha kekal caj tinggi selepas pelaksanaa­n GST sifar

- Noor Atiqah Sulaiman cnews@nstp.com.my

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati kira-kira 30 peratus restoran India Muslim atau restoran mamak tidak mengurangk­an harga makanan walaupun pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sifar .

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbanding­an harga makanan itu dilakukan melalui tinjauan pada 1 Jun hingga 5 Julai lalu iaitu sebelum dan selepas pelaksanaa­n GST sifar.

Beliau turut mengesahka­n wujud kenaikan harga makanan di restoran mamak berbanding restoran makanan segera dan kementeria­n kini giat mengenal pasti restoran yang masih degil dan tidak menurunkan harga makanan.

“Berdasarka­n bukti penemuan itu kementeria­n wajar melakukan sesuatu. Penguat kuasa di kementeria­n ini banyak menggunaka­n pendekatan mendidik daripada mendenda peniaga.

“Untuk kesalahan pertama, kita akan nasihat asalkan tiada perlanggar­an undang-undang secara berlebihan. Sekiranya kesalahan terbabit berulang, barulah tindakan tegas akan diambil,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpuna­n bulanan pertamanya selepas dilantik sebagai menteri di KPDNHEP di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chien Jen dan Ketua Setiausaha kementeria­n, Datuk Seri Jamil Salleh.

Saifuddin berkata, pihaknya merangka dasar pembaziran sifar yang merangkumi polisi untuk mengurangk­an ketirisan subsidi barangan keperluan pengguna.

“Dasar itu turut mengandung­i polisi bank makanan di mana pasar raya akan mengagihka­n lebihan barangan keperluan pengguna kepada golongan sasar.

“Kami harap dengan adanya dasar ini, ia akan disertai oleh pasar raya atau gedung terkemuka untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KPDNHEP membuat tinjauan perbanding­an harga pada Jun dan Julai lalu.
KPDNHEP membuat tinjauan perbanding­an harga pada Jun dan Julai lalu.
 ??  ?? SAIFUDDIN
SAIFUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia