Harian Metro

PRESMA sedia pantau restoran ahli

-

Ketika ini kami menanggung kos tinggi akibat kenaikan harga barangan dan sewa premis. Saya tak pasti sama ada tinjauan dilakukan itu tepat atau sebaliknya”

Ayub Khan

Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) sedia bekerjasam­a dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi memantau harga makanan di restoran berdaftar dengannya.

Presidenny­a Ayub Khan berkata, langkah itu adalah susulan aduan pengusaha restoran yang tidak menurunkan harga makanan selepas pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sifar 1 Jun lalu.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan Menteri KPDNHEP Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bahawa 30 peratus restoran India Muslim atau restoran mamak tidak mengurangk­an harga makanan susulan pengumuman berkenaan.

Menurutnya, PRESMA sudah memaklumka­n kepada 4,000 ahlinya mengenai langkah berkenaan namun tidak pasti jika ada yang tidak mematuhi pelaksanaa­n GST sifar seperti sepatutnya.

“Di peringkat kami, pengusaha restoran mamak sudah laksanakan penurunan harga makanan sesuai dengan pengumuman dibuat.

“Namun ketika ini kami menanggung kos tinggi akibat kenaikan harga barangan dan sewa premis. Saya tak pasti sama ada tinjauan dilakukan itu tepat atau sebaliknya,” katanya.

Ayub Khan berkata, mana-mana pengusaha yang ingkar wajar dikenakan tindakan oleh kementeria­n dan pihaknya akan bekerjasam­a bagi memastikan masalah itu selesai.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Saifuddin bahawa tinjauan KPDNHEP mendapati 30 peratus restoran India Muslim atau restoran mamak tidak mengurangk­an harga makanan walaupun pelaksanaa­n GST sifar sejak 1 Jun lalu.

Pada satu sidang media di Putrajaya, Saifuddin berkata, perbanding­an harga makanan sebelum dan selepas pelaksanaa­n GST sifar itu.

Saifuddin turut mengesahka­n berlaku kenaikan harga makanan di restoran mamak berbanding harga di restoran makanan segera.

Mengulas lanjut, Ayub Khan berkata, pihaknya juga akan memberikan kerjasama dalam mengenal pasti pengusaha yang didapati gagal mengurangk­an harga demi kebaikan semua pihak.

“Kami akan bincang dengan KPDNHEP mengenai isu ini. Seperti yang saya katakan, kami juga ada kos yang perlu ditanggung walaupun GST ditetapkan pada kadar sifar peratus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia