Harian Metro

Nafi sengaja benam budak perempuan dua tahun

-

Ipoh: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan sengaja menyebabka­n kematian kanak-kanak perempuan berusia dua tahun pada tahun lalu.

Tertuduh, Mustaqim Ab Wahab, 32, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Julie Lack Abdullah.

Mustaqim didakwa dengan sengaja membenam kepala Fatini Aleysha Abd Karim ke dalam baldi berisi air sehingga menyebabka­n kematian mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukann­ya di Kompleks Perdaganga­n DWJ Meru, di sini antara jam 4 hingga 5.41 pagi pada 24 Mei tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu.

Julie Lack kemudian membenarka­n jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Harian Metro pada 25 Mei 2017 melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di pejabat teman lelaki ibunya di Meru, di sini.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Fatini Aleysha disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa yang mahu membuang air besar dibawa ke tandas oleh teman lelaki ibunya berusia 31 tahun manakala ibunya berumur 41 tahun menunggu di kereta.

 ??  ?? MUSTAQIM ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen.
MUSTAQIM ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia