Harian Metro

Jualan kemeja-t untuk dana

- Yusliza Yakmir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Uniqlo Malaysia melancarka­n kemeja-T edisi khas sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan Fugeelah bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak pelarian dari Sekolah Fugee, Kuala Lumpur.

Lima rekaan kemeja itu adalah ilham lima kanak-kanak dan remaja dari sekolah berkenaan. Sementara itu, semua hasil jualan juga bakal disumbangk­an kepada sekolah berkenaan untuk memastikan penyediaan pendidikan yang berterusan bagi kanak-kanak pelarian.

Kerjasama dengan Fugeelah itu, antara usaha berterusan Uniqlo Malaysia sebagai sumbangan kepada

Projek Sosial kerjasama Uniqlo dan

Fugeelah

masyarakat setempat.

Sejak kemasukann­ya ke negara ini, jenama itu secara progresif sudah menggerakk­an komuniti menerusi usaha pemulihara­an seperti sumbangan pakaian terpakai kepada pelarian, In Store Shopping Experience­s dan aktiviti terpilih dengan rumah kanak-kanak.

Fugeelah sebelum ini mengetenga­hkan rekaan aksesori gaya hidup yang direka dan dihasilkan pelarian kanak-kanak serta wanita yang terpinggir.

Rekaan juga diilhamkan kanak-kanak daripada pelbagai budaya, bakat dan perjalanan hidup yang unik. Kanak-kanak ini juga belajar berkenaan pertukanga­n, reka bentuk dan kemahiran lain untuk menghasilk­an ciptaan yang menarik.

Kanak-kanak itu juga terbabit dari peringkat konsep rekaan hingga penghasila­n ciptaan. Fugeelah juga bekerjasam­a dengan rakan Malaysia lain bagi model perniagaan mampan yang memastikan pengagihan kerja dan kekayaan secara adil.

Menurut jurucakap Uniqlo, pihaknya sangat berbesar hati untuk bekerjasam­a dengan Fugeelah dalam membolehka­n kanakkanak dari sekolah itu menghasilk­an barangan kreatif sebagai cara yang mampan untuk memupuk usaha mulia selain memberi penjagaan kepada masyarakat yang terpinggir.

“Kami yakin bahawa ini akan menjadi kerjasama jangka panjang yang bukan saja akan memperkaya­kan anak-anak ini tetapi juga penyumbang kepada usaha murni ini,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Uniqlo Malaysia, Yuki Yamada dan Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Sementara itu, bagi Pengasas Fugeelah, Deborah Henry, pihaknya amat teruja dengan kerjasama jenama global yang mempertaha­nkan pelarian seperti Uniqlo.

Katanya, pelajar sekolah itu teruja mencipta karya seni, apatah lagi melihat rekaan mereka dihasilkan dan percaya ini adalah peluang yang baik untuk mewujudkan kesedaran berkenaan perjuangan

Kami yakin bahawa ini akan menjadi kerjasama jangka panjang yang bukan saja akan memperkaya­kan anak-anak ini tetapi juga penyumbang kepada usaha murni ini

pelarian.

Sekolah Fugee ditubuhkan pada

2009 sebagai platform pembelajar­an dan perkembang­an kanakkanak yang terpinggir bagi merealisas­ikan potensi mereka sepenuhnya dengan melengkapk­an mereka ilmu hidup dalam persekitar­an bebas diskrimina­si.

Kemeja-T itu boleh didapati di koleksi Projek Sosial Uniqlo x Fugeelah dan ia akan dijual di kedai online Uniqlo pada 20 Julai pada RM59.90.

 ??  ?? REKAAN kemeja T oleh pelarian kanak-kanak menggambar­kan isi hati mereka.
REKAAN kemeja T oleh pelarian kanak-kanak menggambar­kan isi hati mereka.
 ??  ?? PEREKA kemeja-T dari Sekolah Fugee bergambar kenangan bersama Yuki (tiga dari kiri), Deborah (lima dari kiri) dan Hannah (depan tiga dari kanan).
PEREKA kemeja-T dari Sekolah Fugee bergambar kenangan bersama Yuki (tiga dari kiri), Deborah (lima dari kiri) dan Hannah (depan tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia