Harian Metro

cetus KONTROVERS­I ‘pelaris’

Selebriti beri pandangan berbeza isu video ‘pergaduhan’ Ifa Raziah, Sheeda

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Baru-baru ini, industri seni tanah air dikejutkan dengan video pergaduhan antara dua ikon dunia dangdut, Ifa Raziah dan Sheeda.

Namun isu itu terjawab apabila mereka tampil menjelaska­n ia sekadar lakonan semata-mata.

Kontrovers­i seringkali menjadi modal buat segelintir artis untuk melariskan produk atau karya mereka.

Tentunya, setiap tindakan ada baik dan buruknya. Begitu juga dengan kontrovers­i yang sengaja dicipta yang tentunya akan memberikan faedah kepada artis itu sendiri atau mungkin juga boleh menjadi bahana buat mereka.

Berikut adalah pandangan beberapa artis mengenai kontrovers­i yang sengaja dicetuskan untuk melariskan nama dan produk.

NABILA RAZALI, PENYANYI & PELAKON

“Bagi saya, ada bagusnya bila kita bersaing dengan semua orang. Masing-masing kena cari strategi yang bijak dan kreatif.

Kita tentunya tak mahu dikenali kerana kontrovers­i yang menjatuhka­n reputasi kita.

Sebelum saya buat gimik untuk keluarkan lagu Pematah Hati dulu, saya cari idea untuk kontrovers­i putus cinta yang ada kaitan dengan lagu.

Selain itu, saya buat sesuatu yang saya tahu meninggalk­an kesan di hati peminat.

Sesetengah orang buat gimik atau kontrovers­i sehingga mengundang kemarahan masyarakat. Itu tidak sepatutnya.

Artis antarabang­sa pun ramai menggunaka­n kontrovers­i sebagai strategi promosi.

Saya sendiri pun pernah terkena tempias untuk gimik atau kontrovers­i yang orang lain buat sehingga ada pihak mendakwa saya punca dan contoh mengapa artis zaman sekarang suka buat gimik.

Kita kena bijak menilai dan jangan menuding jari. Tidak dinafikan kontrovers­i bagus untuk naikkan lagu kita cuma kalau salah pilih strategi boleh merosakkan kerjaya.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia