Harian Metro

POGBA RELA BERKORBAN

- AFP

Moscow

Dengan susuk tubuh yang tinggi serta gaya rambut tersendiri, penampilan Paul Pogba di tengah padang selalu mendapat perhatian, namun bersama skuad Perancis, dia bersedia mengorbank­an kepentinga­n peribadi demi gelaran Piala Dunia.

Perancis melangkah ke final menentang Croatia malam esok di Moscow dengan misi untuk menebus kekecewaan tewas di final Euro 2016 di laman sendiri kepada Portugal.

Dalam tempoh dua tahun selepas kegagalan itu, ia bukan mudah buat Pogba yang dikritik hebat di England kerana gagal beraksi cemerlang dalam perlawanan besar, serta prestasiny­a menurun beberapa kali musim lalu kerana corak permainan

 Bintang Perancis korban misi peribadi demi

kejayaan negara di pentas dunia

bertahanny­a tidak mencapai tahap yang diinginkan pengurus Manchester United, Jose Mourinho.

Bagaimanap­un, aspek permainan Pogba itu dilihat sangat mengagumka­n di Russia, yang mana dia dan N’Golo Kante membentuk asas yang mantap kepada Perancis di sebalik kehebatan bahagian serangan yang diterajui Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann.

“Saya mahu memenangi Piala Dunia dan anda perlu melakukan pengorbana­n,” kata Pogba.

“Bertahan bukan kekuatan saya, saya bukan N’Golo, tapi saya gembira untuk melakukan tugas itu. Saya semakin dewasa dan matang.”

Empat pertahanan Perancis dan penjaga gol, Hugo Lloris mendapat pujian atas rekod empat perlawanan tanpa bolos dalam enam perlawanan, namun mereka sebenarnya dilindungi oleh keampuhan bahagian tengah hasil kombinasi Kante dan Pogba.

Ketika merakam kemenangan 1-0 ke atas Belgium pada separuh akhir, Pogba berjaya mengawal Marouane Fellaini daripada melakukan ancaman menerusi serangan hantaran lintang.

“Pogba memang dahsyat,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps. “Dia sangat berkesan dalam melaksanak­an strategi bertahan kami.”

 ??  ?? LLORIS antara penjaga gol cemerlang pada kempen Piala Dunia Russia 2018.
LLORIS antara penjaga gol cemerlang pada kempen Piala Dunia Russia 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia