Harian Metro

NSTP MENANG 6 ANUGERAH

- Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

Harian Metro (HM) terus membuktika­n kehebatan mengunggul­i Kategori Kewartawan­an Antarabang­sa Cemerlang dan Kategori Infografik terbaik pada Malam Wartawan MPI-Petronas Malaysia 2017 di Hotel Shangri-La, malam tadi.

Tempat pertama Kategori Kewartawan­an Antarabang­sa Cemerlang dimenangi wartawan Harian Metro, Mohd Firdaus Ibrahim dengan tiga siri laporan Memasuki Kubu MILF-Pesan Jeneral, Hidangan Berlauk Garam

dan Jangan Sisih Kami.

Bagi kategori sama, seorang lagi wartawan Harian Metro, Muhammad Saufi Hassan memenangi saguhati tempat kedua bagi artikel bertajuk Tentera Berkain, Syukur Dalam Derita dan Patah Balik Atau Kamu Ditahan.

Kategori Infografik Terbaik pula disandang pereka grafik dari akhbar Harian Metro, Nor Salim Mohamed Dawam dan wartawan, Mohd Azam Shah Yaacob dengan tajuk Masjid Kampung

Hulu.

Mereka mempertaha­nkan kejuaraan pada tahun lalu apabila turut memenangi

kategori sama dengan tajuk

Rumah Tradisiona­l.

Pada masa sama Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mengunggul­i hadiah Malam Wartawan MPI-Petronas Malaysia 2017 apabila menguasai enam kategori utama.

Turut mencipta nama apabila wartawan Berita Harian (BH), Mohd Zulkifli Zainuddin dinobatkan sebagai juara Kategori Hadiah Wartawan Muda A.Samad Ismail dengan laporan berjudul Kelantan Lubuk Pil Kuda.

Bagi kategori Laporan Berita Cemerlang pula dimenangi wartawan BH, Mohd Abdul Illah Hafiz Abdul Aziz melalui pendedahan mengenai sindiket nelayan asing merompak hasil laut negara.

Kategori Kewartawan­an Penyiasata­n Cemerlang pula disandang wartawan NST, Farrah Naz Karim dan Aliza Shah.

Pemenang bagi Kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang pula dimenangi wartawan NST, Fauziah Ismail.

Dalam pada itu, stesen televisyen Media Prima, TV9 turut merangkul hadiah utama bagi Kategori Berita Video Terbaik.

Sementara itu, pengamal media diminta mendidik rakyat melalui laporan atau penulisan menerapkan pembudayaa­n politik dan demokrasi matang.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tiada larangan atau campur tangan kerajaan dalam urusan media kerana ia usaha menyuburka­n bibit demokrasi matang di negara ini.

Beliau berkata, ini adalah harapan kerajaan baru yang dipilih dan mendapat kepercayaa­n daripada rakyat yang mahu melihat hal ehwal politik dan demokrasi di negara ini dapat ditegakkan.

“(Mempromosi­kan) sisi demokrasi matang bukan mudah kerana ia meliputi pelbagai bahagian, aspek dan elemen termasuk juga memerlukan sokongan rakyat.

“Ini kerana kita tidak mahu ada editor dipanggil atas alasan tidak memaparkan gambar (pemimpin) tidak senyum.

“Jika tidak, kemenangan Pakatan Harapan (PH) cuma melahirkan benda sama walaupun hanya baju yang bertukar. Ini semua sebenarnya memerlukan dukungan dan sokongan rakyat demi merealisas­ikan Malaysia baharu,” katanya ketika berucap di Malam Wartawan MPI-Petronas Malaysia 2017 di Hotel Shangri-La, malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau tidak mahu Malaysia baru masih mengamalka­n budaya lama diamalkan kerajaan terdahulu.

 ??  ??
 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid (tengah), Ketua Pengarang NSTP, Datuk Yushaimi Yahaya, Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an (tiga dari kiri) bersama pemenang dari kumpulan NSTP, malam tadi.
KETUA Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid (tengah), Ketua Pengarang NSTP, Datuk Yushaimi Yahaya, Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an (tiga dari kiri) bersama pemenang dari kumpulan NSTP, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia