Bersama meniti demokrasi matang
Sultan Nazrin tidak mahu sesiapa tertinggal
ketika menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam ke-5 2018 (WCIT 2018) di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini, semalam.
Turut berangkat, Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan negeri, Dr Abdul Aziz Bari yang mewakili Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dan Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi.
Sultan Nazrin bertitah, Malaysia baru saja selesai menyaksikan perjalanan PRU-14 dua bulan lalu di mana rakyat dan pengundi membawa perubahan politik yang cukup besar dan tidak pernah berlaku sebelum ini melalui kotak undi.
“Dari detik ini secara relatifnya ia sejarah baru negara, Saya harap rakyat Malaysia dapat merasakan mereka berkuasa menentukan dan mempengaruhi masa depan negara.
“Seperti yang saya pernah katakan lebih sedekad lalu, rakyat Malaysia daripada semua kaum, agama dan lokasi geografi perlu percaya di luar bayang keraguan, mereka masih tetap mempunyai tempat di Malaysia.
“Perkara itu nanti memerlukan kepada apa yang diperkatakan oleh ulama iaitu tajdid (pembaharuan) dan islah (reformasi) untuk memberikan nafas baru bagi meremajakan institusi kita dan jika perlu untuk memperbaikinya,” titah baginda.