Harian Metro

ARIF OH ARIF

Remaja dalam cuti sakit akibat kemalangan motosikal antara 35 ditahan merempit

- Mohamad Zulhairie Manzaidi cnew@nstp.com.my

Sikap degil dan tidak pernah serik seorang remaja lelaki untuk berlumba haram mengundang padah apabila ditahan polis dalam Ops Samseng Jalanan di sini, kelmarin.

Remaja berusia 13 tahun itu yang sebelum ini pernah retak kaki kanan selepas terbabit kemalangan motosikal ketika berlumba kira-kira tiga minggu lalu ditahan dalam operasi di Jalan Baru Kok Keli ke Bendang Morak di sini, jam 6 petang hingga 9 malam.

Mahu dikenali sebagai Arif, dia diberi cuti sakit tiga minggu disebabkan kemalangan itu dan tidak ke sekolah di Jeli.

Menurutnya, dia tetap menunggang motosikal dan menyertai aktiviti itu tanpa menyedari pihak berkuasa menungguny­a.

“Saya tersilap masuk jalan tadi (kelmarin)...tiada niat pun hendak melarikan diri daripada polis,” katanya ketika memberi alasan selepas ditahan.

Arif ditahan selepas motosikaln­ya terbabas ketika cuba mengelak operasi berkenaan.

Selain remaja itu, adik lelakinya yang berusia 12 tahun bersama 35 lagi diperiksa dan ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Arif mendakwa dia dan adiknya menunggang motosikal sekadar untuk suka-suka dan tidak berlumba.

“Adik pinjam motosikal abah manakala saya tunggang motosikal satu lagi. Kami keluar jam 4.30 petang tadi,” katanya.

Dalam operasi itu, 102 saman dikeluarka­n terhadap 36 penunggang dan pembonceng motosikal manakala lima lelaki diberkas kerana positif dadah jenis methamphet­amine.

 ??  ?? REMAJA berusia 13 tahun turut ditahan polis Tumpat dalam Ops Samseng Jalanan.
REMAJA berusia 13 tahun turut ditahan polis Tumpat dalam Ops Samseng Jalanan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN remaja yang diperiksa, kelmarin.
SEBAHAGIAN remaja yang diperiksa, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia