Harian Metro

524 kes di Terengganu

-

Sebanyak 524 kes penyakit tangan, kuku dan mulut (HFMD) dicatatkan di negeri ini sehingga Rabu lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Mohd Jusoh berkata, jumlah itu meningkat 192.7 peratus berbanding 179 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, Kuala Terengganu merekodkan jumlah tertinggi dengan 129 kes, diikuti Marang (90), Dungun (82), Setiu (75), Besut (40), Hulu Terengganu (36), Kuala Nerus (52) dan Kemaman (20).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia