Harian Metro

Simpan RM20 sejak 20 tahun

-

Berkat menyimpan wang RM20 sebulan dalam akaun Tabung Haji (TH) sejak 20 tahun lalu membolehka­n pesara guru, Mahmud Sahmat, 61, berpeluang menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini.

Mahmud berkata, sikap berjimat-cermat sudah menjadi amalannya selepas berumah tangga apabila hasil simpananny­a itu membolehka­nnya berangkat ke Tanah Suci bersama isteri, Mastura Adam, 58.

Menurutnya, walaupun gaji yang diperoleh ketika itu tidak sebanyak mana, ia tidak mematahkan semangatny­a untuk terus menabung ke dalam akaun TH. Di samping itu, dia mencari pendapatan sampingan dengan membantu isteri menjual kuih-muih dan nasi lemak untuk majlis kenduri mahupun jualan setiap Ramadan.

“Sepanjang berumah tangga, saya tidak mampu untuk menyimpan banyak kerana pada masa itu, empat anak masih bersekolah di samping menanggung perbelanja­an mereka hingga ke peringkat universiti.

“Sebahagian hasil pendapatan daripada kerja sampingan lebih 10 tahun itu yang banyak membantu saya dan isteri untuk menambah jumlah simpanan hingga terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini,” katanya ketika ditemui di Kompleks Haji di sini, kelmarin.

Menurutnya, dia bersara pada tahun lalu dengan jawatan terakhir sebagai Penolong Kanan Kokurikulu­m di Sekolah Kebangsaan St Teresa, Kuching, Sarawak dan kini menetap di Petra Jaya.

 ??  ?? MAHMUD dan Mastura.
MAHMUD dan Mastura.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia