Harian Metro

Sepatu ciri mesra ihram

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Bagi jemaah haji dan umrah, berjalan dari masjid ke hotel penginapan setiap hari ditambah peluang menziarahi kawasan bersejarah di kota Makkah dan Madinah memberikan pengalaman cukup berharga. Untuk itu kekuatan mental dan fizikal menjadi keutamaan supaya jemaah berada dalam situasi sihat sepanjang masa.

Menyedari pentingnya menjaga kesihatan kaki supaya tidak melecet, lenguh, sakit atau tegang jenama kasut kesihatan Medshoe memperkena­lkan himpunan terbaru bertemakan pengembara­an umrah dan haji dengan melancarka­n model terbaru seperti Jsym,

Weybr, Soukaer, Umrah

Haj, Wardah dan Saiedah yang dikhususka­n kepada mereka yang sering berjalan jauh dan berdiri lama. Pendekatan digunakan dengan mengambil kira material digunakan supaya dapat melindungi kaki terutama tapak kaki dan tumit berada dalam keadaan sihat.

Menurut Pengasas Medshoe Nur Diana Dazulkiply, khusus untuk jemaah haji dan umrah, selipar Umrah Haj direka dengan ciri-ciri mesra ihram dan mesra syariah serta sesuai dipakai di semua kawasan beribadah. Ia direka menggunaka­n sistem ortotik yang stabil dan terdapat span berteknolo­gi tinggi poron, diformulas­ikan dari Amerika Syarikat agar penyerapan hentakan berlaku bagi mengurangk­an lenguh, sakit tumit, lutut dan pinggang akibat berjalan dalam jarak yang lama.

“Rekaan terkini selipar ini menjadikan ia sangat ringan seterusnya memudahkan jemaah berjalan dari satu tempat ke tempat lain. Contohnya bagi mereka yang tinggal agak jauh dari masjid, mereka tidak perlu risau kerana kasut ini memudahkan perjalanan secara tidak langsung memberikan keselesaan dan keseronoka­n ketika beribadah,” katanya.

Tidak hanya memberikan tumpuan kepada warga emas atau mereka yang berusia, rekaan moden sesuai digayakan golongan muda. Ia direka dengan ciriciri mudah laras bagi kaki berukuran kecil atau besar dan paling penting adalah mesra pengguna kerana praktikal dipakai untuk semua acara.

“Bagi pengembara pula aktiviti berjalan sudah tentu menjadi halangan sekiranya kaki berada dalam keadaan sakit. Untuk itu selipar Medshoe memberikan pilihan kepada mereka meneruskan aktiviti dengan rasa gembira. Pelanggan tidak perlu bimbang kerana jenama ini menjanjika­n keselesaan dan tahan lasak. Material digunakan juga mudah dicuci, kaya dengan bahan anti melecet serta sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah sakit belakang,” katanya.

Bagi kasut Jsym dan Weybr ia sesuai untuk individu yang aktif bersukan seperti yoga, joging selain untuk senaman ringan. Kasut Jysmi didatangka­n dalam dua wana iaitu merah dan hitam sementara

Weybr hadir dengan tiga warna iaitu hitam, kelabu dan kuning. Rekaan ini bole dipakai lelaki dan perempuan serta didatangka­n dalam ukuran empat hingga 13 pada RM159 hingga RM199.

Medshoe boleh dibeli menerusi dalam talian dan di kedai di seluruh Malaysia.

 ??  ?? KASUT bertutup dengan pelbagai warna.
KASUT bertutup dengan pelbagai warna.
 ??  ?? SELIPAR Umrah Haj sesuai untuk perjalanan jauh dan lama.
SELIPAR Umrah Haj sesuai untuk perjalanan jauh dan lama.
 ??  ?? KASUT sukan hadir dalam rona terang.
KASUT sukan hadir dalam rona terang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia