Harian Metro

“RUHAINIES KAWAN BIASA JE”- SAFAWI

-

Antara gosip panas yang diperkatak­an dalam dunia hiburan minggu ini adalah pengakuan pelakon cantik jelita, Ruhainies mengenai hubunganny­a dengan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid.

Walaupun Spy Bola sebenarnya jarang ambil ‘pot’ mengenai gosip artis tapi kerana membabitka­n nama Safawi, ia menarik minat Spy untuk mengikutin­ya.

Kalau berdasarka­n kenyataan Ruhainies, Safawi begitu bersungguh­sungguh mahu berkenalan dengannya menyebabka­n pintu hatinya terbuka untuk menerima pemain itu sebagai sahabat.

Ruhainies juga mendedahka­n, Safawi kerap memberikan jambangan ros melalui pembantu peribadiny­a malah mengakui sudah beberapa kali bertemu pemain itu di Kuala Lumpur.

Walaupun Ruhainies berkata hubungan dengan Safawi sekadar kawan biasa namun kenyataann­ya itu mencetuska­n gosip bahawa mereka kini sedang bercinta.

Ada peminat memberi komen kepada Spy Bola mengenai hubungan kedua-dua remaja popular ini. Ramai yang ‘tidak merestui’ kerana jarak usia antara Safawi,21, dengan Ruhainies, 26 agak jauh. Malah, mereka bimbang karier Safawi akan musnah gara-gara asyik bercinta dengan artis.

Safawi sendiri mengaku kepada Spy Bola, dia juga turut menerima banyak maklum balas daripada peminat apabila gosip ini mula tersebar dan diperkatak­an.

“Saya mengaku berkawan dengan Ruhainies tapi menafikan kami bercinta. Saya anggap dia sebagai kawan biasa saja kerana saya sudah ada teman istimewa.

“Saya rasa tidak salah untuk berkawan dengan sesiapapun tapi kerana Ruhainies itu artis maka hubungan kami mudah disalahert­ikan oleh peminat.

“Bila timbul cerita begini, memang kecoh satu Malaya sehingga emak dan ayah saya pun menelefon dari Terengganu bertanyaka­n hal itu.

“Mereka menasihati saya supaya mengelak daripada terjebak dengan gosip sebegini kerana bimbang ia menjejaska­n tumpuan saya kepada karier. Tapi, selepas saya jelaskan cerita sebenar, mereka faham dan lega,” kata Safawi.

Safawi berharap penjelasan­nya itu dapat meredakan keadaan kerana kalau boleh dia tidak mahu diselubung­i sebarang isu apatah lagi gosip murahan seperti itu.

“Tumpuan saya sekarang adalah terhadap karier kerana masih ada cita-citra yang belum terlaksana. Buat masa ini matlamat saya adalah membantu skuad kebangsaan di Sukan Asia, bulan depan.

“Malah, daripada segi jangka panjang, saya menyimpan impian untuk bermain di luar negara, kalau boleh di Korea atau Jepun,” jelas Safawi.

Spy Bola sendiri berharap Safawi memberi tumpuan kepada kariernya kerana dia antara pemain muda yang boleh pergi jauh. Lupakan seketika soal cinta demi karier.

Spy Bola: Pun pernah kena gosip.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia