Harian Metro

Menanti kehadiran cahaya mata

-

Allah SWT. Sebagai manusia kita perlulah berusaha dan sentiasa bersangka baik denganNya.

Bling! kali ini menyenarai­kan 10 selebriti yang belum dikurniaka­n rezeki untuk menimang cahaya mata. Jadi, sama-sama kita doakan

semoga mereka dikurniaka­n anak dengan segera.

Izzue Islam

Jun lalu genap lima tahun usia perkahwina­n pelakon dan penyanyi kacak, Izzue Islam dengan isteri tercinta, Nurinafila­h Waharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Awin.

Bagaimanap­un, pasangan ini belum dikurniaka­n rezeki untuk menimang cahaya mata. Baginya, soal anak adalah ketentuan rezeki yang ditentukan Allah. Sebagai hamba-Nya dia akan terus berusaha dan yakin dengan kurniaan teragung yang sering dinantikan pasangan suami isteri.

Datin Alyah

Walaupun sudah hampir lima tahun mendirikan rumah tangga dengan

Datuk Ramli MS, Datin Alyah tidak pernah berhenti berdoa untuk dikurniaka­n

zuriat sendiri.

Difahamkan pelantun popular lagu Jutaan Purnama itu pernah menjalani kaedah rawatan persenyawa­an in vitro (IVF), namun belum dikurniaka­n zuriat.

Siti Elizad

Aidilfitri lalu pelakon Siti Elizad dikatakan berang dengan tindakan segelintir tetamu yang sering bertanya soalan berkaitan cahaya mata kepadanya selepas hampir dua tahun berkahwin.

Pemilik nama sebenar Siti Elizad Mohamad Sharifuddi­n, 34, ini meluahkan rasa kesal dan menyifatka­n soalan itu sebagai sensitif dan tidak menghormat­i perasaan orang lain.

Seperti wanita lain, Elizad juga mengimpika­n kehadiran cahaya mata namun menyerahka­n segalanya kepada aturan Tuhan.

Elizad mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 46, pada 11 Januari 2015.

Achey

Selepas lapan tahun menanti kehadiran zuriat, pelakon dan pelawak Achey mengumumka­n

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia