Harian Metro

RM800,000 bantu penternak ikan sangkar

-

Kota Bharu: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan memberi pelbagai bantuan kepada penternak ikan sangkar di negeri ini termasuk bantuan kewangan dan makanan.

Pengarahny­a, Anuar Salam berkata, seramai 1,033 penternak ikan sangkar di negeri ini membabitka­n dua kategori iaitu air tawar dan air payau.

“Kami memberi galakan kepada penduduk untuk terbabit dalam penternaka­n ikan sangkar bagi menjana pendapatan.

“Oleh itu, jabatan kami memberi pelbagai peruntukan kepada penternak termasuk kewangan untuk pembinaan dan menaik taraf sangkar serta makanan,” katanya di sini.

Katanya, tahun lalu Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri menerusi Jabatan Perikanan memperuntu­kkan hampir RM800,000 kepada 279 penternak di negeri ini untuk menaik taraf sangkar dan bantuan makanan.

Katanya, tahun ini, pihaknya memperuntu­kkan lebih RM300,000 bantuan kepada penternak ikan sangkar.

“Pihak kami sentiasa memberi bantuan kepada penternak sebagai galakan kepada mereka supaya dapat meneruskan usaha penternaka­n pelbagai jenis ikan untuk pasaran di Kelantan dan negeri berdekatan.

“Jabatan kita juga memberi latihan kepada penternak termasuk untuk pembenihan anak ikan dan cara menternak ikan sangkar yang memerlukan penelitian bagi mengelakka­n kematian dan kerugian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia