Harian Metro

Lima suspek kes dadah direman seminggu

-

Bagan Serai: Lima suspek yang ditahan kerana terbabit dengan kes pertikaian pengedaran dadah sehingga seorang daripada mereka melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Tanjung Piandang, dekat sini, awal pagi kelmarin, direman seminggu bermula semalam. Ketua Polis Daerah Kerian Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata lima lelaki berusia antara 28 hingga 38 tahun termasuk suspek yang melepaskan tembakan itu didapati positif dadah jenis syabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia