Harian Metro

SALAH TEKAN

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

Pemandu, rakan maut kereta terbabas terjunam ke parit

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, kenderaan Toyota Rav4 yang dipandu lelaki berusia 22 tahun dan penumpang wanita berusia 21 tahun dipercaya terbabas sebelum terjunam ke parit.

Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superinten­dan George Abd Rakman berkata, kemalangan berlaku disebabkan kenderaan dinaiki mangsa terbabas di kawasan terbabit.

“Hasil siasatan mendapati pemandu disyaki tersalah tekan pedal minyak sebelum terbabas ke parit.

“Akibat kejadian, pemandu dan penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

George berkata, kemalangan itu berpunca disebabkan kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaann­ya dengan baik hingga terbabas ke parit.

“Bagaimanap­un, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabka­n kematian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia