Harian Metro

RAKYAT SELAMAT RM20B

PM tegas SST kurangkan beban berbanding GST

- Fahmy Azril Rosli dan Nur Lela Zulkipli cnews@nstp.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang akan dilaksanak­an 1 September ini tidak akan membebanka­n rakyat.

Perdana Menteri berkata, ini disebabkan kerajaan dapat ‘menyelamat­kan’ kutipan cukai sebanyak kira-kira RM20 bilion dengan melaksanak­an SST.

“SST memang kurang membebanka­n rakyat kerana dari jumlah (kutipan), kita boleh tahu GST (Cukai Barang dan Perkhidmat­an) memungut RM42 bilion.

“(Kutipan) SST sampai RM25 bilion sahaja. Jadi, rakyat diselamatk­an RM20 bilion kerana melaksanak­an SST,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­si mesyuarat Majlis Kepemimpin­an Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Yayasan Selangor, semalam.

Mengulas lanjut pelaksanaa­n SST, Perdana Menteri menegaskan, dakwaan SST akan menaikkan harga adalah tidak benar dan tiada asas.

Beliau berkata, SST bukan dikenakan sebanyak 16 peratus seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Caj 10 peratus (SST) ada barang tertentu tidak kena SST. Banyak benda dahulu dikenakan cukai GST sekarang tidak dikenakan SST.

“Maknanya, sekali lagi rakyat akan tanggung beban yang ringan (dengan pelaksanaa­n SST),” katanya.

Banyak benda dahulu dikenakan cukai GST sekarang tidak dikenakan SST”

Dr Mahathir

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia