Harian Metro

Polis rakam keterangan pembantu rumah Najib

-

Polis sudah mengambil keterangan pembantu rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung laporan polis dibuat beliau, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pergi ke kediaman Najib di Jalan Langgak Duta di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam, bagi mengambil keterangan pembantu rumah berkenaan.

“Sepasukan polis yang dilihat pergi ke rumah Datuk Seri Najib hari ini (semalam) adalah daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul.

“Kehadiran mereka adalah untuk merakam keterangan daripada pembantu rumah berkenaan bagi membantu siasatan berkaitan laporan polis dibuat Datuk Seri Najib sebelum ini,” katanya dihubungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia