Harian Metro

CEO Mah Sing dilantik Timbalan Pengerusi REHDA

-

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mah Sing Group Bhd, Datuk Ho Hon Sang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Selangor, berkuat kuasa pada 5 Jun ini.

Pelantikan itu adalah untuk tempoh selama dua tahun.

Mah Sing dalam kenyataan berkata, Ho mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri hartanah yang menjadikan­nya individu paling layak menggalas tanggungja­wab berkenaan.

Ho yang juga lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an (Kepujian) Universiti Malaya dan Ahli Institut Jurutera Malaysia dan Lembaga Jurutera Malaysia, memulakan kerjaya profesiona­l sebagai jurutera dalam pembanguna­n Lebuhraya Utara-Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia