Harian Metro

CEO BHB letak jawatan

-

BIMB Holdings Berhad (BHB) mengumumka­n peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Khairul Kamarudin berkuat kuasa serta-merta.

Khairul turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), anak syarikat milik penuh BHB.

Beliau dilantik memegang jawatan berkenaan untuk tempoh tiga tahun yang berkuat kuasa 14 Jun 2017 bagi menggantik­an Datuk Seri Zukri Samat.

Khairul menyertai Bank Islam pada 2005 dan memainkan peranan penting menerajui pemulihan aset semasa tahun pemulihan dan transforma­si Bank Islam serta memperkena­lkan pendekatan jualan yang agresif di samping menggalakk­an budaya prestasi berasaskan risiko.

Pengerusi BHB, Tan Sri Ambrin Buang berkata, Lembaga Pengarah daripada BHB dan Bank Islam telah menerima peletakan jawatan beliau dan ingin mengucapka­n penghargaa­n atas sumbangan beliau kepada institusi dan sektor perbankan Islam.

“Kami juga ingin mengucapka­n selamat maju jaya kepada beliau dalam bidang yang diceburiny­a pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

 ??  ?? KHAIRUL
KHAIRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia