Harian Metro

Ambil peluang teroka pasaran antarabang­sa

-

Usahawan perniagaan francais perlu mengambil peluang dengan meneroka pasaran antarabang­sa yang dilihat mempunyai prospek serta potensi yang lebih besar berbanding dalam negara.

Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Bhd (PNS), Datuk Syed Kamarulzam­an Syed Zainol Khodki Shabudin berkata, antara sektor yang perlu diberi perhatian selain makanan dan minuman (F&B) ialah perkhidmat­an memandangk­an ia kini mula mendapat banyak permintaan.

Beliau berkata, sudah tiba masanya usahawan tempatan untuk mengembang­kan perniagaan francais masing-masing dan melihat dalam skop yang lebih luas seperti mempunyai kehadiran di rantau Asia Tenggara.

“Perniagaan francais adalah sektor terbaik untuk diterokai secara meluas di peringkat global.

“Kita mahu usahawan ini mempunyai keyakinan dalam memperkuku­h perniagaan dan masuk ke negara lain dan memperluas empayar perniagaan di sana.

“Malah, mereka juga boleh beralih kepada penawaran perniagaan dalam cabang perkhidmat­an yang kini menjadi antara sektor yang pesat membangun,” katanya ketika ditemui selepas majlis Hari Penghargaa­n Kopi dan pelancaran Gloria Jean’s Coffees Bukit Bintang, di sini, semalam.

 ??  ?? SYED Kamarulzam­an
SYED Kamarulzam­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia