Harian Metro

WhatsApp had tular berita di India

-

Perkhidmat­an WhatsApp mengumumka­n langkah untuk mengenakan had ke atas 200 juta pengguna di India bagi menyebarka­n mesej dalam usaha menghentik­an beberapa insiden serangan beramai-ramai yang membawa kematian.

Langkah itu bertujuan menunjukka­n ia akur kepada amaran kerajaan India untuk menyamanny­a dalam perkara berkenaan.

India adalah pasaran terbesar WhatsApp.

Lebih 20 orang dibunuh selepas diserang beramai-ramai sejak dua bulan lalu di India apabila mangsa dituduh melakukan penculikan kanak-kanak dan jenayah lain dalam beberapa mesej tular yang disebarkan melalui WhatsApp.

Selasa lalu, kerajaan India mengancam mengenakan tindakan undang-undang ke atas WhatsApp dengan menegaskan, pihak yang menyediaka­n saluran menyebarka­n khabar angin tidak benar ‘tidak boleh mengelak daripada memikul tanggungja­wab dan akauntabil­iti.’

Aplikasi milik Facebook itu kelmarin, mengumumka­n langkah menguji had penyebaran mesej di kalangan penggunany­a dengan menetapkan mereka hanya boleh menyebarka­n sesuatu mesej sebanyak lima kali kepada mana-mana individu atau kumpulan.

Ia juga akan menghentik­an fungsi kemudahan menyebarka­n mesej.

“Kami percaya perubahan ini yang akan terus dinilai, akan membantu WhatsApp sebagai aplikasi menghantar mesej persendiri­an,” kata firma itu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia