Harian Metro

GEMURUH TETAP ADA

 Sukri gementar pikul tanggungja­wab sebagai kapten Malaysian Tigers di Sukan Asia

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Meskipun sudah beraksi tiga edisi Sukan Asia, Mohamad Sukri Abdul Mutalib tetap tidak dapat menyembuny­ikan perasaan gementar menjelang edisi seterusnya di Jakarta, bulan depan.

Menurut kapten skuad negara itu, temasya kali ini sangat berbeza bagi mereka kerana tanggungja­wab yang dipikul cukup besar iaitu memastikan dapat meraih pingat emas, sekali gus mara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Kali ini memang saya rasa lain sedikit. Pertamanya saya sendiri akan hadir ke Sukan Asia dengan kali pertama menggalas tugas selaku kapten.

“Hakikatnya tekanan itu memang sangat tinggi tetapi saya akan cuba memastikan segala-galanya berjalan dengan baik.

“Keduanya, skuad kali ini tampil selaku pasukan pilihan yang dilabel mampu memenangi pingat atau dengan kata lain mesti bawa pulang pingat,” katanya.

Jelas Sukri, ia jauh berbeza berbanding sebelum ini yang menyaksika­n Malaysia sering dilabel selaku pasukan bukan pilihan.

“Ketika itu, kalau kami dapat melakukan kejutan ia sudah satu pencapaian yang membanggak­an.

“Tapi kali ini kami memang disasarkan untuk bersaing tempat ke final. Jadi kami tiada pilihan selain perlu berikan yang terbaik pada setiap perlawanan,” katanya.

Skuad negara yang ketika ini dalam fasa terakhir melakukan persiapan ke Sukan Asia, akan berlepas ke Australia hari ini bagi mengadakan lima perlawanan persahabat­an dengan pasukan ranking pertama dunia itu.

Pada saingan di Jakarta itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama Pakistan, Bangladesh, Oman, Thailand dan tuan rumah, Indonesia.

 ??  ?? SUKRI (kanan) udah beraksi tiga edisi Sukan Asia.
SUKRI (kanan) udah beraksi tiga edisi Sukan Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia