Harian Metro

IZZAT GANTUNG

-

 Pelumba Yamaha YY Pang Racing pernah simpan

angan-angan jadi pemain bola sepak profesiona­l

sepak. Waktu zaman sekolah rendah, saya sudah mewakili negeri untuk kategori bawah 12 tahun. Tapi apabila di sekolah menengah, ayah memberi cadangan kepada saya untuk serius dalam sukan permotoran pula dan saya ikut keputusann­ya,” katanya yang beraksi bersama pasukan Yamaha YY Pang Racing.

Jelas Izzat, meskipun tidak dapat memenuhi impiannya itu dia tidak pernah meninggalk­an aktiviti yang menjadi kegemarann­ya itu.

“Boleh dikatakan setiap minggu ada saja perlawanan bola sepak yang akan saya sertai.

“Tak kiralah sama ada ia sekadar perlawanan persahabat­an atau kejohanan tertentu. Bagi saya dengan bermain bola sepak, ia secara tak langsung dapat meningkatk­an tahap kecergasan kerana berlumba pun memerlukan stamina yang baik,” katanya.

Ditanya adakah dia berminat untuk kembali serius memenuhi cita-cita menjadi pemain bola sepak profesiona­l, Izzat yang sering beraksi di posisi penyerang dan sayap mengakui sudah terlambat untuknya menggapai impian itu.

“Sekarang umur pun sudah semakin meningkat, jadi saya rasa lebih baik fokus kepada sukan permotoran saja.

“Bagi saya bermain bola sepak sekarang sekadar untuk riadah saja,” katanya.

 ??  ?? IZZAT pernah impi jadi pemain bola sepak. AKSI Izzat (kiri) di atas trek. IZZAT (berdiri tengah, tiga dari kanan) bersama pasukan Sijangkang Soresore FC ketika muncul juara kejohanan 9 sebelah di Gemas, Negeri Sembilan.
IZZAT pernah impi jadi pemain bola sepak. AKSI Izzat (kiri) di atas trek. IZZAT (berdiri tengah, tiga dari kanan) bersama pasukan Sijangkang Soresore FC ketika muncul juara kejohanan 9 sebelah di Gemas, Negeri Sembilan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia