Harian Metro

Kisner pendahulu Terbuka British

-

Carnoustie, Scotland: Kevin Kisner dari Amerika Syarikat menjadi pendahulu selepas pusingan pertama Terbuka British awal pagi semalam namun Rory McIlroy antara nama besar yang memulakan kempen memburu Claret Jug dengan permulaan memberangs­angkan di Carnoustie.

Kisner tampil dalam satu daripada kumpulan awal sebelum jam 8 pagi waktu tempatan namun catatan lima bawah par 66 dilakukann­ya gagal diatasi sepanjang hari ketika juara bertahan Jordan Spieth dan nama besar lain gagal memperagak­an kehebatan di lapangan golf Scottish itu.

Ia bermakna Kisner mendahului satu pukulan di puncak senarai pendahulu.

“Lapangan golf ini hebat buat saya,” kata pemain berusia 34 tahun itu, yang mendahului menjelang pusingan akhir Kejuaraan PGA tahun lalu sebelum akhirnya berkongsi tangga ketujuh.

“Sebelum datang, saya tidak tahu apa yang akan dihadapi di Scotland. Saya hanya tahu hujan akan turun esok,” ujar Kisner, yang berkongsi rumah dengan Spieth dan beberapa bintang AS minggu ini.

Kisner membenam satu eagle dan empat birdie di pantai timur Scotland itu dan dia mendahului rakan senegara Tony Finau serta dua pemain Afrika Selatan, Erik van Rooyen dan Zander Lombard, yang pulang dengan catatan 67.

Seorang lagi pemain Afrika Selatan, Brandon Stone, menyertai dua pemain AS, Ryan Moore dan Brendan Steele mencatat tiga bawah par 68 manakala McIlroy tiga pukulan di belakang pendahulu dengan dua bawah par 69.

 ??  ?? KISNER catat lima bawah par 66.
KISNER catat lima bawah par 66.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia