Harian Metro

GP JERMAN UBAT DUKA

 Vettel harap orang ramai datang beri sokongan padu di Hockenheim

- Hockenheim, Jerman

Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel (gambar) berharap kegagalan Jerman pada Piala Dunia boleh menghadirk­an kejayaan pada perlumbaan Formula Satu di negara itu, hujung minggu ini.

Pendahulu kejuaraan itu yang bersaing di laman sendiri buat kali pertama dalam tempoh dua tahun, bagaimanap­un berdepan masa depan tidak menentu.

Tahun ini adalah tahun terakhir kontrak dan perbincang­an menemui jalan buntu dengan penganjur di litar Hockenheim tidak mahu meneruskan saingan di situ kerana yuran tinggi menyebabka­n mereka terdedah kepada risiko kewangan.

“Saya harap kerana kami gagal dalam bola sepak tahun ini, orang ramai menyimpan sedikit wang untuk barbeku dan lain-lain, mereka boleh datang ke sini dan berkhemah hujung minggu ini,” kata Vettel, yang membesar dekat Heppenheim.

Jerman, juara Piala Dunia 2014, gagal melepasi peringkat kumpulan pada pusingan akhir di Russia dalam kejutan terbesar.

Grand prix negara itu dulunya pernah menghimpun­kan jumlah penonton yang ramai, sebahagian besar daripada mereka menyokong juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher bersama khemah yang banyak dan minuman serta sosej.

Bagaimanap­un penyokong semakin berkuranga­n sejak era Schumacher berakhir walaupun Vettel menang empat gelaran antara 2010-13 dan dominasi Mercedes bersama Nico Rosberg yang merampas gelaran itu pada 2016.

“Mungkin negara ini agak letih dengan perlumbaan, saya tidak tahu,” kata pemandu Renault, Nico Hulkenberg yang kini menjadi seorang daripada dua pemandu Jerman masih bersaing tetapi masih tidak menaiki podium dalam 145 permulaan. Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia