Harian Metro

Kadar cukai tinggi punca CR7 berhijrah

-

London: Kadar cukai tinggi di Sepanyol didakwa menjadi salah satu faktor penyumbang kepada keputusan Cristiano Ronaldo menyertai Juventus, menurut Presiden La Liga, Javier Tebas.

Ronaldo menamatkan sembilan tahun khidmatnya bersama Real Madrid selepas bersetuju berpindah ke juara Serie A dengan €112 juta (RM529 juta) dan menandatan­gani kontrak empat tahun.

Penyerang Portugal itu menjelaska­n faktor memerlukan kitaran baru dalam kerjayanya menjadi penyebab di berhijrah dalam kenyataan menerusi laman web Real Madrid, sebelum ini.

Bagaimanap­un, Tebas percaya perpindaha­n itu turut didorong oleh wang dengan menyatakan bahawa pemain akan memperoleh lebih banyak habuan di Itali.

“Dia akan mendapat lebih banyak wang di sana,” kata Tebas kepada Marca TV. Saya fikir polisi kewangan menyebabka­n dia ke Itali.

“Bukan di tempat lain kadar (cukai) jauh lebih rendah, namun apabila anda memperoleh jumlah (wang) yang tinggi, maka perbezaan kecil dalam kadar ini diterjemah­kan kepada banyak wang untuk pemain.”

Isu pemenang anugerah Ballon d’Or lima kali dan penjaring terbanyak Real Madrid itu bersama pihak berkuasa cukai Sepanyol dalam beberapa tahun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia