Harian Metro

Yakin PKNS FC kekal momentum

-

Ipoh: Jurulatih PKNS FC, Datuk K Rajagobal berharap anak buahnya mampu mengekalka­n momentum dalam baki dua perlawanan agar dapat membuat penyudah podium dalam kancah Liga Super musim ini.

Selepas menempatka­n diri pada kedudukan ketiga liga dengan mengatasi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, 1-0 di Ipoh, Rabu lalu, Rajagobal mahu skuad Semut Merah mengulangi rentak cemerlang apabila bertandang ke Stadium Darul Makmur, Pahang malam ini bagi menjadikan­nya realiti.

“Memang sukar untuk mempercaya­inya tetapi kami mengutip 10 mata dalam empat perlawanan terakhir dan kini menduduki tangga ketiga dan kini saya berharap ia dapat dijelmakan menjadi kenyataan.

“Harap pemain mampu kekalkan momentum dan kedudukan ke berapa tidak penting namun yang utama adalah pencapaian pasukan meningkat daripada musim lalu,” katanya .

Rajagobal sedar anak buahnya berhadapan tugas berat di Kuantan kerana tuan rumah juga mahu mengutip mata penuh. Katanya, Pahang bukan calang-calang pasukan kerana selain kelebihan bermain di tempat sendiri mereka turun dengan reputasi sebagai juara Piala FA musim ini.

 ??  ?? PEMAIN PKNP FC, Muhammad Fadhil Idris (tengah) diasak tiga pemain PKNS FC di Stadium Perak, Ipoh.
PEMAIN PKNP FC, Muhammad Fadhil Idris (tengah) diasak tiga pemain PKNS FC di Stadium Perak, Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia