Harian Metro

LUAR

-

Datuk Ong Kim Swee dalam skuad Bawah 23 Tahun sebagai persiapan ke sukan berprestij Asia itu menganggap ia adalah gelanggang terbaik untuk mencari peluang beraksi dengan kelab luar seperti diimpikan olehnya.

“Saya tidak akan mensia-siakan kesempatan ini jika terpilih beraksi ke Sukan Asia kelak kerana inilah kejohanan terbaik untuk saya membuktika­n kemampuan kepada kelab luar terutama kelab dari Asia.

“Saya yakin sudah pasti temasya sukan ini akan turut menjadi tumpuan pencari bakat daripada kelab seluruh Asia, malah mungkin juga Eropah. Jadi, ia pentas terbaik untuk pemain seperti saya yang berhajat mengembang­kan bakat ke luar negara cuba mencuri tumpuan.

“Saya harap akan mampu memikat salah sebuah kelab luar tidak kira dari negara mana sekalipun. Memang menjadi impian saya untuk mencari pengalaman bermain di luar negara, kalau boleh saya berhajat beraksi di Liga Jepun atau Korea,” ujar Safawi.

Pada masa sama, Safawi yakin skuad negara mampu memberi cabaran lebih hebat pada Sukan Asia kali ini berbanding sebelumnya walaupun Malaysia diundi bersama juara bertahan, Korea Selatan, Kyrgyztan dan Bahrain dalam Kumpulan E pada undian asal, 5 Julai lalu.

Ia bersandark­an prestasi skuad bimbingan Kim Swee itu pada Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun, di China, Januari lalu yang membuat kejutan dengan melangkah ke suku akhir.

“Saya yakin kita mampu memberi cabaran dan bukan sekadar melengkapk­an pasukan yang bertanding,” katanya.

 ??  ?? AKSI Safawi dalam saingan sebelum ini.
AKSI Safawi dalam saingan sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia