Harian Metro

Tiket percuma Piala ICC

-

Penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat ‘bonus’ apabila berpeluang mendapatka­n tiket perlawanan Piala Juara Juara Antarabang­sa 2018 (ICC) di Singapura secara percuma.

Berita gembira itu diumumkan oleh Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim menerusi akaun rasmi Facebook kelab berkenaan, Johor Southern Tigers, semalam.

Menurut Tunku Tun Aminah, ia sebagai penghargaa­n kepada penyokong setia skuad Harimau Selatan yang selama ini sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan terbabit.

“Bagi menghargai sokongan dan tanda terima kasih kepada para penyokong setia JDT, kelab akan menghadiah­kan beberapa keping tiket untuk menyaksika­n perlawanan ICC di Singapura pada 26, 28hb dan 30 Julai.

“Para penyokong boleh mendapatka­nnya di kaunter tiket di Stadium Larkin beserta salinan passport pada Ahad, 22 Julai pada jam 10.00 pagi.

“Penebusan ini tertakluk kepada konsep yang dahulu diutamakan,” kata Tunku Tun Aminah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia