Harian Metro

Empat penyamun kabel telekomuni­kasi ditahan

-

Misteri mengenai masalah telekomuni­kasi yang kerap berlaku di Bintulu dan kawasan sekitarnya sejak kebelakang­an ini terjawab susulan penahanan empat lelaki berusia 20 hingga 43 tahun dalam dua serbuan berasingan, di sini, Rabu lalu.

Serbuan pertama membabitka­n penahanan tiga individu di sebuah rumah di Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong, di sini, jam 6.30 petang yang membawa kepada penemuan pelbagai kabel milik sebuah syarikat telekomuni­kasi, selain guni berisi kabel tembaga dipercayai dalam proses dijual kepada peraih.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superinten­dan Zulkipli Suhaili berkata, serbuan diketuai Inspektor Nixon Malang dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, bertindak atas maklumat risikan mengenai kegiatan curi kabel yang semakin berleluasa di daerah berkenaan.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas gergaji, pemotong besi, pisau pemotong daging dan playar muncung tirus yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan kegiatan jenayah mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Zulkipli berkata, hasil soal siasat membawa kepada penahanan seorang peniaga barangan lusuh yang disyaki bersekongk­ol dengan tiga individu berkenaan.

 ??  ?? PELBAGAI kabel yang dirampas daripada suspek dalam serbuan di Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu.
PELBAGAI kabel yang dirampas daripada suspek dalam serbuan di Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia