Harian Metro

Sambung reman enam hari lagi

-

Mahkamah Majistret di sini, semalam, membenarka­n tempoh reman seorang pengarah jabatan awam negeri dan dua individu yang ditahan berhubung kes rasuah dan salah laku, disambung enam hari lagi hingga Rabu depan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Majistret Afiq Agoes selepas mendengar permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diwakili Pegawai Pendakwa SPRM,

Faliq Basiruddin.

Pengarah berusia 46 tahun yang ditahan bersama tiga lagi pengarah syarikat kontraktor pada 15

Julai lalu, direman bagi membantu siasatan salah laku membabitka­n kerja penyelengg­araan kapal.

Seorang lagi pengarah syarikat kontraktor dijangka dibebaskan Ahad ini selepas Majistret hanya membenarka­n remannya disambung dua hari dalam permohonan SPRM di mahkamah.

Faliq ketika ditemui berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan nilai wang yang terbabit dalam kes berkenaan belum dapat didedahkan.

Penahanan empat individu itu difahamkan bagi membantu siasatan sama ada wujud unsur rasuah atau sebaliknya berhubung penyelengg­araan kapal yang berlabuh di Sabah sepanjang 2016 hingga tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia