Harian Metro

Tidak benar pelihara burung walit di bandar

-

Kuching: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) tidak berkomprom­i dengan pengusaha sarang burung walit secara haram termasuk menggunaka­n premis bangunan dalam kawasan perumahan sebagai lokasi perusahaan.

JHS dalam satu kenyataan, di sini, memaklumka­n perusahaan burung walit, khusus bagi mendapatka­n sarangnya untuk tujuan komersial di kawasan bandar dan penempatan awam tidak dibenarkan sama sekali.

“Kerajaan Sarawak tidak mengeluark­an lesen kepada sesiapa yang membina dan mengubah struktur bangunan sedia ada untuk tujuan pemelihara­an burung walit di kawasan bandar dan penempatan awam,” katanya.

JHS turut bekerjasam­a dengan

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Veterinar, Jabatan Kesihatan dan agensi berkaitan lain serta agensi lain di bawah Strategi Lautan Biru (NBOS) bagi mengekang kegiatan berkenaan, termasuk pemeriksaa­n mengejut di lokasi sasaran.

Hukuman berat menanti pihak yang melakukan kegiatan haram itu mengikut Seksyen 33 dan 37 Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1998 iaitu penjara hingga dua tahun.

 ??  ?? JHS melakukan pemeriksaa­n mengejut bagi membantera­s kegiatan memelihara burung walit secara haram.
JHS melakukan pemeriksaa­n mengejut bagi membantera­s kegiatan memelihara burung walit secara haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia