Harian Metro

4,927 DAFTAR BADAL HAJI

-

Keadaan di aras bawah pusat operasi Tabung Haji (TH) di bangunan Abraj Al-Janadriyah di sini, sedikit sesak apabila ratusan peduduk tempatan hadir untuk menjadi ‘pembadal’ atau pelaksana upah haji.

TH menerima 4,927 permohonan badal haji daripada umat Islam di Malaysia sejak permohonan secara dalam talian diperkenal­kan buat pertama kalinya pada Mei lalu.

Pengarah Operasi Bimbingan Tabung Haji Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, jumlah itu paling tinggi berbanding tahun sebelum ini.

Tahun lalu, jumlah permohonan yang diterima ialah 3,900.

Menurutnya, khidmat badal atau upah haji satu khidmat sokongan disediakan TH kepada umat Islam Malaysia yang ingin melakukan ibadat haji atas nama ahli keluarga atau sesiapa saja yang sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, sehingga pagi Khamis lalu pihaknya sudah menyempurn­akan 3,300 permohonan badal haji dengan menyerahka­n surah pelantikan kepada pembadal terpilih dan yakin baki 1,627 lagi akan diselesaik­an dalam masa terdekat.

“Dalam pangkalan data TH ada 5,600 pembadal yang sudah kita temu duga dan dikenal pasti layak untuk kita serahkan amanah untuk melaksanak­an badal haji.

“Bagaimanap­un, ramai pembadal bukan warga Arab Saudi dan tahun ini kita ada sedikit masalah berkaitan permit mereka kerana pihak berkuasa Arab Saudi tidak membolehka­n mereka tinggal lama di sini.

“Mereka kena pulang sementara ke tanah air mereka sama ada Thailand atau Indonesia. Jadi, kita ada sedikit kekurangan pembadal, tapi kita akan pastikan semua 4,927 pemohonan badal haji yang kita terima, akan kita laksanakan tahun ini,” katanya.

Disebabkan itu, TH membuka peluang untuk penduduk Makkah memohon menjadi pembadal haji dan ia mendapat sambutan hangat hingga menimbulka­n sedikit kesesakan di bangunan Abraj Al-Janadriyah pada Rabu dan Khamis lalu.

Tengku Aziz berkata, disebabkan kekangan untuk menyediaka­n pembadal, pihaknya menetapkan jumlah maksimum permohonan badal haji yang akan disempurna­kan ialah 5,000.

“Jika ada permohonan lagi sehingga melebihi 5,000, kita akan bawa ke tahun berikutnya,” katanya.

Menurutnya, upah bagi melaksanak­an badal haji ialah RM3,000 atau 2,400 riyal dan bayaran inilah yang diberikan kepada pembadal menerusi dua peringkat iaitu sebelum dan selepas wukuf.

“Pembayaran peringkat pertama sebanyak 1,000 riyal dibuat ketika mereka menerima surat lantikan dan ketika pembayaran kedua untuk menyelesai­kan bakinya, kita akan tanya dan semak untuk sahkan yang mereka benar-benar sudah laksanakan badal haji dan umrah bagi si mati,” katanya.

Sementara itu, pembadal Yaakob Ramli, 40, berkata, dia sudah lapan tahun berturut-turut menjadi pelaksana badal haji yang diamanahka­n kepada TH oleh umat Islam di Malaysia.

Yaakob berkata, dia dilahirkan di Makkah dan ibu bapanya berasal dari Patani, Selatan Thailand dan status sebagai ‘ahli’ (penduduk) Makkah memberi kelebihan menjadi pembadal haji.

“Sebagai ahli Makkah, kami tak perlu permit, tapi kalau orang luar Makkah contohnya dari Jeddah atau Madinah, mereka dikenakan bayaran dan perlu permit buat haji,” katanya.

Yaakob berkata, walaupun organisasi pengurusan haji dari negara lain juga ada menawarkan penduduk tempatan untuk menjadi pembadal, dia tidak pernah menyertain­ya.

Pusat operasi TH sesak penduduk tempatan hadir mohon jadi pelaksana upah haji

 ??  ?? RATUSAN beratur mohon menjadi ‘pembadal’ atau pelaksana upah haji.
RATUSAN beratur mohon menjadi ‘pembadal’ atau pelaksana upah haji.
 ?? Tengku Aziz Raja Abdullah ?? “Jika ada permohonan lagi sehingga melebihi 5,000, kita akan bawa ke tahun berikutnya”
Tengku Aziz Raja Abdullah “Jika ada permohonan lagi sehingga melebihi 5,000, kita akan bawa ke tahun berikutnya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia