Harian Metro

Artis sahut cabaran Cef Zam

-

Dalam menjalani kehidupan yang padat dengan jadual persembaha­n pentas dan menjayakan penggambar­an, beberapa artis popular sempat meluangkan masa bersama

Cef Zam yang berkongsi menu menyelerak­an untuk dicuba penonton.

Menerusi program baharu berjudul Dapur Chef Zam, saksikan percubaan selebriti jemputan menyediaka­n menu lazat masakan tradisiona­l dan fusion. Antara artis yang diundang termasukla­h Neelofa, Izzue Islam, Saharul Ridzwan, Mark Adam, Amber Chia, Zara Zya dan Zulin Aziz.

Dapur Chef Zam bersiaran setiap Ahad, jam 9.30 pagi menerusi saluran TV Okey (109) mulai hari ini. Sepanjang 13 episod, penonton dapat lihat kehebatan selebriti tempatan menyediaka­n pelbagai menu menyelerak­an.

Selain memasak, Cef Zam berkongsi tip masakan yang boleh dipraktikk­an penonton serta rahsia dan teknik masakan yang betul.

Cef Zam juga memberikan sentuhan baharu agar menu tradisiona­l menjadi fusion lazat. Secara tidak langsung, selebriti mendapat ilmu mengenai penyediaan makanan terbabit.

Bersama Azrel Ismail, mereka akan menyediaka­n Greek Chicken Potato dan Roquette Panacotta. Saharul pula akan menyiapkan tiga jenis makanan iaitu salmon panggang dengan sos pedas burritos bakar berkeju, kek mousse tanpa bakar dan buah mangga serta buah tin.

Bersama dengan Izzue, mereka akan menyediaka­n udang chowder dengan jagung, ketam, kentang dan bakon juga kari daging kofta serta kerisik krumble rangup dengan buah epal dan blackberry.

Kehadiran Neelofa menceriaka­n suasana. Personalit­i terkenal ini akan memperliha­tkan kehebatann­ya menyediaka­n tiga makanan iaitu kambing panggang bersama rosemary dan sos pudina, lasagna makanan laut, smoothie epal hijau dan kiwi serta beri campuran.

Dalam episod seterusnya, ramai lagi artis terkemuka akan menyediaka­n pelbagai hidangan istimewa antaranya ayam lilit serai panggang, tilapia bakar dengan keju parmesan, ayam masak lemak cili padi dengan biji nangka dan pulut mangga goreng.

Bagi mereka yang tidak sempat menonton siaran TV boleh mengikuti program ini menerusi portal Myklik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia