Harian Metro

Bapa maut, anak parah kemalangan

-

Tawau: Seorang lelaki maut manakala anak perempuann­ya parah selepas motosikal dinaiki merempuh pacuan empat roda di persimpang­an lampu isyarat dekat Tanjung Batu di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Tamrin Arip, 53, meninggal dunia ketika mendapatka­n rawatan di Hospital Tawau akibat parah di dada.

Anaknya, Rina, 16, yang membonceng motosikal itu pula retak tulang belakang di bahagian leher dan dirawat di hospital itu, manakala pemandu pacuan empat roda berusia 35 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave bersama anak perempuann­ya itu dalam perjalanan ke rumah mereka di Kampung Tanjung Batu Tengah, di sini.

Beliau berkata, kemalangan di simpang empat lampu isyarat itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan dari arah Jalan Padang merempuh pacuan empat roda Nissan Navara dari arah Jalan Tanjung Batu ke Jalan Pelabuhan.

Katanya, ketika pemandu Nissan Navara hendak meneruskan perjalanan selepas lampu isyarat bertukar hijau, tiba-tiba motosikal mangsa dari arah Jalan Padang melanggar kenderaan itu.

“Akibatnya pelanggara­n itu, mangsa parah di dada manakala anak perempuann­ya retak tulang belakang pada bahagian leher sebelum dikejarkan ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan.

“Bagaimanap­un, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Fadil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkut­an Jalan 1987, menyebabka­n kematian kerana memandu melulu dan membahayak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia