Harian Metro

Sedia membantu

-

 Malaysia nanti permohonan Indonesia untuk sertai misi menyelamat di Lombok

Malaysia bersedia menghantar bantuan kepada Indonesia bagi membantu mangsa gempa bumi di Lombok, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia bersedia menghantar anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) membantu Indonesia dalam misi mencari menyelamat selain kerja pemulihan.

“NADMA juga menawarkan untuk membantu mangsa gempa bumi ini. Kami menunggu permohonan daripada Indonesia untuk membantu,” katanya selepas program Minum Petang dengan ahli PKR dan penduduk di Sungai Kandis, semalam.

Dr Wan Azizah berkata, pihaknya belum menetapkan jumlah anggota yang terbabit dalam misi itu berikutan belum menerima permohonan bantuan setakat ini.

“Kita akan menghulurk­an bantuan. Tetapi selalunya, kita tunggu sehingga mereka (Indonesia) memohon bantuan,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini NADMA mengerahka­n 22 anggota ke Laos, selepas empangan hidroelekt­rik yang dalam pembinaan di negara itu runtuh.

“Mereka berada di sana untuk membantu mangsa dan kita juga menghantar bantuan bekalan makanan,” katanya.

Dr Wan Azizah turut menyatakan ucapan takziah kepada mangsa gempa bumi di Indonesia itu serta keluarga mereka.

Gempa bumi 6.4 skala Richter pagi semalam meragut 14 nyawa dan menyebabka­n banyak bangunan rosak.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) gempa bumi itu berlaku pada kedalaman tujuh kilometer berpusat di 1.4 kilometer barat daya Lelongken, Indonesia.

Dr Wan Azizah berkata, seorang daripada mangsa adalah warga Malaysia.

“Seorang daripada mereka adalah rakyat Malaysia dari Desa Pandan. Namanya, Siti Nur Ismawida Ismail (yang berusia 30 tahun). Jenazahnya akan dibawa pulang. “Takziah kepada keluargany­a, semoga mereka mempunyai kekuatan (dalam menghadapi dugaan ini),” katanya. Ditanya mengenai usaha Wisma Putra membantu membawa pulang mangsa dari Lombok, Dr Wan Azizah berkata, beliau belum menghubung­i Menteri Luar (Datuk Saifuddin Abdullah), tetapi akan membuat perancanga­n yang sepatutnya.

 ??  ?? PENDUDUK Lombok berlindung di bawah khemah selepas pulau itu dilanda gempa bumi, semalam.
PENDUDUK Lombok berlindung di bawah khemah selepas pulau itu dilanda gempa bumi, semalam.
 ??  ?? PASUKAN perubatan Indonesia membantu mangsa yang cedera.
PASUKAN perubatan Indonesia membantu mangsa yang cedera.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia