Harian Metro

Hasil pelembap bibir semula jadi

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@nstp.com.my

Nibong Tebal

Minat mendalam terhadap Proton Wira mencetus idea buat seorang pemilik bengkel membaiki kereta untuk menjadikan bahagian hadapan kenderaan terbabit sebagai kabinet rumahnya di Taman Merak, Simpang Ampat, dekat sini.

Idea kreatif Mohd Fitri Ahmad, 30, atau lebih dikenali sebagai Bob itu turut tular di Facebook sehingga ada yang mahu menempah ‘kabinet’ terbabit daripadany­a, namun kerana kekangan masa dia terpaksa menolak permintaan mereka.

Menurut Bob, dia membeli rangka badan Proton Wira itu namun pada mulanya tidak bercadang untuk menghasilk­an kabinet terbabit.

“Memang ada niat untuk membuat dekorasi dengan rangka badan terbabit, namun ketika itu ilham untuk menghasilk­annya sebagai kabinet belum timbul.

“Bagaimanap­un, selepas berfikir saya akhirnya mendapat idea untuk membuat kabinet menggunaka­n bahagian hadapan kereta yang dipotong itu,” katanya.

Menurutnya, dia memuat naik gambar dekorasi ciptaannya itu di laman Facebook miliknya dan tidak menyangka ramai yang berkongsi hingga menjadi tular.

“Ada rakan datang melihat sendiri hasil saya ini di rumah dan sehingga kini ada lima pelanggan yang mahu saya membuat kabinet seumpamany­a untuk mereka.

“Namun buat masa ini saya tidak bercadang untuk melakukann­ya kerana lebih fokus kepada kerja membaiki kereta di bengkel,” katanya.

Bob berkata, dia mengambil masa lima hari untuk menyiapkan dekorasi itu dan kerja terbabit terpaksa dilakukan dengan teliti.

“Walaupun mungkin ia nampak mudah bagi sesetengah orang namun untuk membuatnya saya perlukan ukuran yang tepat untuk memotong bahagian hadapan kereta terbabit.

“Ini kerana jika ukurannya tidak betul ia menjadi tidak stabil jika bahagian hadapan kereta itu dilekat di dinding,” katanya.

Menurutnya, dia memang meminati reka bentuk Proton Wira dan sejak 2006 hingga kini Bob sudah memilik lapan kenderaan model terbabit.

“Saya juga minat melakukan kerja membaiki kereta, malah sejak berusia 16 tahun saya sudah bekerja secara sambilan di sebuah bengkel di Bukit Mertajam.

“Selepas tamat sekolah, saya bekerja di kilang dan dalam masa sama masih melakukan kerja sambilan di bengkel,” katanya.

Menurutnya, selepas mempunyai modal dia bersyukur kerana akhirnya berjaya membuka bengkel sendiri dengan memiliki tiga pekerja. Kuantan: Pensyarah Fakulti Kejurutera­an Kimia dan Sumber Asli Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menghasilk­an pelembap bibir menggunaka­n bahan semula jadi yang selamat digunakan orang ramai dan murah.

Dr Norashikin Mat Zain yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejurutera­an kimia bioproses menghasilk­an pelembap bibir jenama KINORA itu selepas melakukan penyelidik­an selama tiga tahun dan ia sudah mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan.

Ia dihasilkan menggunaka­n bahan premium seperti minyak zaitun, minyak almond, minyak marula, minyak

dan vitamin E yang berfungsi melembapka­n serta memelihara kulit.

Norashikin berkata, beliau

 Idea Bob guna bahagian hadapan kereta hasil dekorasi rumah kini jadi pilihan ramai

mendapat idea menghasilk­annya selepas melihat kebanyakan kosmetik termasuk pelembap bibir dijual di negara ini dihasilkan menggunaka­n bahan kimia sintetik dan bahan pengawet yang tidak selamat untuk pengguna terutama wanita kerana mengganggu hormon badan.

Katanya, harga produk kosmetik dihasilkan mengguna-

 ?? Mohd Fitri ?? Namun buat masa ini saya tidak bercadang untuk melakukann­ya kerana lebih fokus kepada kerja membaiki kereta di bengkel” IDEA Bob hasilkan kabinet televisyen menggunaka­n kereta dapat permintaan tinggi daripada orang ramai.
Mohd Fitri Namun buat masa ini saya tidak bercadang untuk melakukann­ya kerana lebih fokus kepada kerja membaiki kereta di bengkel” IDEA Bob hasilkan kabinet televisyen menggunaka­n kereta dapat permintaan tinggi daripada orang ramai.
 ?? Thuraya ?? Saya menggunaka­n
ikan segar supaya rasanya
lebih sedap
Thuraya Saya menggunaka­n ikan segar supaya rasanya lebih sedap
 ?? Dr Norashikin ?? Saya mendapat geran RM25,000 daripada UMP untuk
mengeluark­an kumpulan pertama
produk itu
Dr Norashikin Saya mendapat geran RM25,000 daripada UMP untuk mengeluark­an kumpulan pertama produk itu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia