Harian Metro

Ketepi malu jual udang galah RM1

-

Kuala Terengganu Kebiasaann­ya, remaja perempuan terutama yang tinggal di pinggir bandar malu untuk berdiri dan duduk di bahu jalan.

Namun, berlainan dengan sikap Nurbani Farhannah Ahmad Fanizar, 19, apabila sanggup mengikis perasaan itu untuk membantu keluarga menjual udang galah RM1 sehingga menjadi tular di laman sosial.

Nurbani Farhannah dari Kampung Gong Penaga, Jalan Pasir Panjang, di sini, sanggup berpanas hampir lapan jam sehari membantu bapanya, Ahmad Fanizar Tahar menjual udang galah pada harga RM1 seekor berhampira­n Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang, sejak awal bulan lalu.

Katanya, walaupun tiada paksaan daripada kedua ibu bapanya, demi membantu keluarga, perasaan malu sanggup diketepika­n kerana ingin mencari duit poket sendiri.

Selain itu, dia juga puas kerana dapat membantu orang ramai terutama yang kurang berkemampu­an menjimatka­n perbelanja­an harian terutama untuk menikmati udang galah segar yang kebiasaann­ya dijual pada harga mahal dan membebanka­n.

“Biasanya udang galah segar bersaiz sederhana dijual pada harga antara RM28 hingga RM30 sekilogram, namun kami menjual dengan harga antara RM1 dan RM2 seekor.

“Setiap hari saya mampu menjual udang galah secara terus antara 500 hingga 1,000 ekor tidak termasuk yang ditempah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp,” katanya.

Nurbani Farhannah berkata, udang galah yang dijual bukan saja dibeli penduduk setempat, malah mendapat sambutan daripada pemilik beberapa restoran di sekitar bandaraya Kuala Terengganu.

 ??  ?? UDANG galah RM1 turut mendapat permintaan restoran.
UDANG galah RM1 turut mendapat permintaan restoran.
 ??  ?? NURBANI dan bapanya menjual udang galah di Kampung Pasir Panjang.
NURBANI dan bapanya menjual udang galah di Kampung Pasir Panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia