Harian Metro

Pemandu pacuan empat roda ditahan ketika buat laporan

-

Kuala Lumpur: Polis sudah menahan pemandu pacuan empat roda berusia 24 tahun yang melarikan diri selepas terbabit kemalangan menyebabka­n suami isteri maut dalam kejadian di persimpang­an lampu isyarat Jalan Kepong dan Jalan Jinjang Permai di sini, jam 6.50 pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pemandu berkenaan ditahan ketika membuat laporan polis di Balai Trafik Jalan Tun HS Lee, di sini, jam 11.30 malam kelmarin.

Katanya, pemandu berkenaan juga sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani ujian darah dan turut dibawa ke lokasi kemalangan.

“Sebelum ini, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, polis berjaya mengesan nombor pendaftara­n pacuan empat roda itu dan sudah pergi ke rumahnya, namun tiada penghuni.

“Jadi, malam semalam (kelmarin), ketika dia datang membuat laporan polis di Balai Trafik Jalan Tun HS Lee, pemandu itu kita tahan bagi membantu siasatan.

“Jika dia memberikan kerjasama, pemandu itu akan kita bebaskan dengan jaminan polis petang ini (semalam). Tetapi jika enggan bekerjasam­a, polis akan pohon perintah reman terhadapny­a,” katanya.

Dalam kejadian itu, pasangan terbabit, Quah Yew Tiong dan Wong Lili Han Ju Shan, masing-masing berusia 38 tahun maut apabila dilanggar sebuah pacuan empat roda dari belakang.

Kedua-duanya mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala lelaki yang memandu pacuan empat roda berkenaan melarikan diri dengan meninggalk­an lokasi kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia